Carian
Luno Ingin Membuka Pejabat Di Kuala Lumpur Pada Suku Pertama 2018
January 12, 2018 Aman

Luno merupakan salah satu perkhidmatan pertukaran kriptowang popular, dimana mereka menawarkan perkhidmatan melalui web, selain dompet digital untuk penyimpanan kriptowang seperti Bitcoin dan Ethereum.

Terkini, menurut MalaysianReserve, Luno mengesahkan yang mana mereka bakal membuka pejabat di Kuala Lumpur pada suku pertama 2018 ini.

Luno

Ini bermakna, kita akan melihat Luno membuka pejabat dalam tempoh tiga bulan ini. Pemilihan pembukaan pejabat di Malaysia adalah kerana pelanggan yang sangat aktif, serta permintaan tinggi untuk kriptowang.

Selain daripada itu, Luno juga dijangka memperkenalkan ciri akaun perniagaan pada perkhidmatan mereka pada tahun ini.

Bercakap mengenai kriptowang sendiri, Bank Negara sebelum ini telah mengatakan mereka sedang mengkaji mengenainya dan mungkin memperkenalkan garis panduan untuk arena kriptowang ini.

Komen