Rekaan HTC U11 EYEs Tertiris Dengan Dwi Kamera Hadapan
HTC

Rekaan HTC U11 EYEs Tertiris Dengan Dwi Kamera Hadapan

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

HTC U11+ akan mula dijula di Malaysia pada 22 Januari hadapan. Bagi mereka yang merasakan peranti utama ini mungkin terlalu mahal, HTC akan melancarkan sebuah peranti baru dengan spesifikasi sederhana pada 15 Januari ini. Rekaan HTC U11 EYEs telah ditiriskan oleh @evleaks hari ini dan ia dilengkapi dwi-kamera hadapan.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6″ SLCD6 QHD+, dijana pemproses Snapdragon 652, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB. Bateri sebesar 3930 mAh disertakan bersama dengan, Edge Sense dan kemampuan kalis air IP67. Sedikit aneh ia dikatakan masih menggunakan Android Nougat. Tiada maklumat mengenai saiz kamera utama dan dwi-kamera hadapan diketahui setakat ini.


TIPS & ULASAN