Kotak Tertiris Memperlihatkan Galaxy S9 Mungkin Dilengkapi Bukaan Kamera Boleh-Ubah, Super Slow-mo

Kotak Tertiris Memperlihatkan Galaxy S9 Mungkin Dilengkapi Bukaan Kamera Boleh-Ubah, Super Slow-mo

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S9 dan Galaxy S9+ secara rasminya pada bulan hadapan. Menariknya, kini sebuah gambar kotak tertiris ke arena web, dikatakan sebagai kotak peranti untuk Galaxy S9.

Ia kurang pasti sama ada kotak yang hadir tertiris ini adalah benar atau sebaliknya. Namun, ia menggunakan rekaan seumpama Samsung sebelum ini – dan memberikan kadar ia mungkin tepat adalah sedikit tinggi.

Kotak Galaxy S9

Daripada kotak berkenaan, Galaxy S9 dikatakan akan hadir dengan rekaan skrin QuadHD+ Smoled, dan dilengkapi memori 4GB RAM, serta storan 64GB. Melengkapkannya juga adalah sokongan kalis air, pengimbas mata, dan pengecasan tanpa wayar.

Pada bahagian kamera, ia dikatakan dilengkapi kamera 12-megapixel dengan penstabilan imej optikal, dan menyertakan bukaan boleh-ubah F/1.5 atau F/2.4. Ia adalah seumpama yang digunakan pada Samsung W2018 sebelum ini.

Dengan bukaan boleh-ubah ini, ia akan membolehkan anda merakamkan gambar yang lebih jelas pada keadaan cahaya rendah melalui bukaan f/1.5, sementara boleh berubah kepada f/2.4 untuk rakaman depth atau ketika pencahayaan adalah baik.

Kotak ini turut menyenaraikan ciri Super Slow-mo pada telefon pintar ini.

Untuk kamera hadapan ia dikatakan menggunakan kamera 8-megapixel dilengkapi sokongan autofokus.

Sekiranya kotak tertiris ini adalah benar, maka kita dapat melihat penawaran Galaxy S9 yang agak menarik, dan mungkin melihat integrasi dan penggunaan dwi-kamera pada model Galaxy S9+.

Apa kata anda mengenai ketirisan baru ini?


TIPS & ULASAN