Skype Menguji Ciri Penyulitan Penuh Untuk Perbualan Melalui “Private Conversations”

Skype Menguji Ciri Penyulitan Penuh Untuk Perbualan Melalui “Private Conversations”

Diterbitkan pada Jan 12, 2018 oleh .

Skype sebelum ini telah mula memperkenalkan sokongan penyulitan untuk melindungi perbualan daripada dibaca pihak ketiga. Kini, perkhidmatan komunikasi berkenaan turut telah mulakan ujian penyulitan penuh secara menyeluruh – bermakna sesuatu kandungan mesej itu hanya boleh dibaca oleh penghantar dan penerima sahaja.

Ini sekaligus menambah sekuriti dan privasi pada perbualan anda, dan mengelak ia dibaca oleh pihak ketiga. Skype menggunakan protokol Signal untuk tujuan berkenaan.

Skype Private Conversations

Buat masa ini, ciri yang dinamakan “Private Conversations” ini hanya ditawarkan untuk pengguna Skype Insider sahaja di Windows, Mac, Linux, Android dan juga iOS.

Ia memerlukan penghantar dan penerima menggunakan aplikasi versi beta untuk Skype sebelum dapat menggunakan ciri “Private Conversations” ini, dan ia hanya meliputi penyulitan untuk permesejan teks, fail, dan tidak meliputi panggilan audio dan panggilan video.

Berkemungkinan kita akan melihat ciri ini diperkenalkan untuk semua melalui saluran versi stabil tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN