Terdapat beberapa kaedah implementasi kecerdasan buatan dan pembelajaran pintar yang menarik. Kini, Cambridge Consultants dilihat menggunakan dan memperlihatkan konsep menggunakan kecerdasan buatan untuk mengetahui sama ada anda mempunyai loghat dan aksen bahasa Inggeris berasaskan Amerika atau British.
Melalui laman berkenaan, pengguna akan perlu membaca satu ayat, dan ia akan menggunakan kecerdasan buatan untuk mengenal-pasti kadar peratusan sebutan anda sama ada lebih kepada aksen Inggeris Amerika atau Inggeris British.
Laman ini hanya sekadar konsep sahaja, tetapi ia mungkin agak menarik untuk dimainkan dan diuji anda – serta dibandingkan bersama rakan-rakan lain berkaitan skor loghat/aksen anda.