Huawei Mempatenkan Jam Tangan Pintar Dengan Sistem Kawalan Sesentuh Pada Bingkai

Huawei Mempatenkan Jam Tangan Pintar Dengan Sistem Kawalan Sesentuh Pada Bingkai

Diterbitkan pada Jan 13, 2018 oleh .

Jam tangan pintar mempunyai satu kelemahan ketara apabila dibandingkan dengan sebuah telefon pintar. Skrin yang digunakan adalah kecil dan menyukarkan proses navigasi. Ini antara penyebab mengapa jam tangan pintar gagal mendapat sambutan dan semakin banyak pengeluar berhenti menghasilkannya.

 Huawei mungkin mempunyai penyelesaian kepada masalah ini. Mereka telah mempatenkan rekaan jam tangan pintar yang mempunyai kawalan sesentuh terbina pada bingkai jam. Kombinasi sentuhan dan tatalan pada bingkai ini membolehkan pengguna melakukan pelbagai perkara tanpa menyentuh skrin. Turut dipatenkan ialah panel sesentuh terbina pada tali jam.

Adakah anda memiliki sebuah jam tangan pintar? Sekiranya tidak mengapa?


TIPS & ULASAN