Webe Menghentikan Pendaftaran Untuk Pelan Data Tanpa Had

Webe Menghentikan Pendaftaran Untuk Pelan Data Tanpa Had

Diterbitkan pada Jan 13, 2018 oleh .

Webe hari ini telah menghentikan pendaftaran akaun baru untuk pelan prabayar mereka – iaitu untuk Webe Broadband dan juga Webe Mobile. Ini sekaligus membuatkan anda tidak lagi boleh mendaftar akaun talian baru untuk Webe dengan pelan data tanpa had pada harga RM79, dan juga pelan Webe Broadband yang membolehkan anda berkongsi data.

Walaubagaimanapun, untuk pengguna yang telah sedia berdaftar, anda boleh menggunakan talian anda seperti biasa buat masa ini.

Langkah ini diambil oleh Webe berkemungkinan dalam usaha penjenamaan semula perkhidmatan kepada Unifi Mobile. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Telekom Malaysia akan membuka kembali penawaran pendaftaran untuk perkhidmatan mudah-alih. Ia dijangka mereka akan hadir dengan pelan yang serba baru selepas ini, dan mungkin menawarkan harga dan pakej yang berbeza berbanding sebelumnya.


TIPS & ULASAN