Shell – Jam Tangan Pintar Yang Boleh Berubah Menjadi Telefon

Shell – Jam Tangan Pintar Yang Boleh Berubah Menjadi Telefon

Diterbitkan pada Jan 13, 2018 oleh .

Kemampuan melakukan panggilan telefon pada jam tangan pintar sebenarnya bukan perkara baru. Sejak zaman Samsung Galaxy Gear lagi sudah wujud fungsi ini asalkan ia ditambat ke sebuah telefon pintar. Sejak akhir-akhir ini jam tangan pintar dengan sokong LTE mula dipasarkan bagi memberikan kemampuan selular tanpa telefon pintar.

Tetapi menggunakan jam tangan pintar sebagai telefon masih lagi aneh kerana tiadanya gagang telinga. Panggilan dapat didengari semua orang dan bercakap ke pergelangan tangan kelihatan canggung. Oleh itu Shell telah dihasilkan. Ia sebuah jam tangan pintar Android yang boleh berubah menjadi sebuah telefon.

Bahagian gagang telinga dan mulut boleh dikeluarkan dari tubuh Shell. Dengan adanya gagang, penggunaannya lebih menyerupai telefon konvensional. Ia turut dilengkapi sebuah kamera sebesar 12-Megapixel untuk mengambil gambar. Terdapat sistem spring terbina yang membolehkan jam tangan pintar ini dicas tanpa palam elektrik.

Sekiranya anda sudahpun memiliki jam tangan pintar, cagak penyesuai has yang megubahnya menjadi telefon turut dihasilkan oleh Shell. Ia menyokong Apple Watch, Samsung Galaxy Gear dan Moto 360. Shell akan mengumpul dana menerusi Indiegogo tetapi harga jualan masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN