Panggilan Google Duo Kini Boleh Dibuat Ke Pengguna Android Lain Walaupun Mereka Tidak Memasangnya

Panggilan Google Duo Kini Boleh Dibuat Ke Pengguna Android Lain Walaupun Mereka Tidak Memasangnya

Diterbitkan pada Jan 14, 2018 oleh .

Google Duo merupakan salah satu aplikasi daripada Google yang memudahkan pengguna membuat panggilan video atau suara menggunakannya. Sebelum ini, ia memerlukan pengguna memasangnya terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya. Kini, pihak Google dilihat memudahkan lagi proses komunikasi menggunakannya – dimana anda kini boleh membuat panggilan kepada pengguna Android lain, walaupun penerima panggilan tidak memasang aplikasi berkenaan.

Google Duo

Pemanggil perlu mempunyai aplikasi Duo terpasang pada peranti anda terlebih dahulu sekiranya ingin membuat panggilan – tetapi berbeza untuk penerima. Daripada percubaan kami, sejumlah peranti yang kami uji telah menerima sokongan ini, membolehkan penerima menerima panggilan Duo walaupun tidak mempunyai aplikasi Duo terpasang pada telefon mereka.

Bagi penerima panggilan juga, selepas sesuatu panggilan tersebut tamat – anda akan menerima notifikasi sama ada berminat untuk memasangnya ataupun tidak.

Bagi kami, ciri ini agak menarik dan membolehkan anda kekal berhubung dengan rakan-rakan lain melalui panggilan video atau suara menggunakan Duo. Untuk anda sendiri, anda boleh mencubanya dengan membuat panggilan kepada rakan lain pada peranti Android. Berkemungkinan besar, Google sedang memperkenalkannya secara berperingkat kepada semua.

Muat-Turun Google Duo untuk Android


TIPS & ULASAN