Carian
Suis Kekunci Mekanikal Cherry MX Low Profile RGB Dilancarkan
January 14, 2018 Effi Saharudin

Di Amanz terdapat dua orang warga redaksi yang menggunakan papan kekunci mekanikal. Menurut mereka, menaip terasa lebih selesa menggunakan suis mekanikal dan papan kekunci juga tahan lebih lama. Kami secara peribadi kurang menggemari suis mekanikal kerana ia terlalu besar dan bising.

Bagi insan seperti kami ini, Cherry telah melancarkan suis mekanikal baru Cherry MX Low Profile RGB. Rekaan suis mekanikal ini hanya 11.9 mm tinggi dan adalah 35% lebih padat berbanding Cherry Mx Red biasa. Ia direka khas untuk digunakan pada komputer riba gaming yang mempunyai ruang yang terhad. Dengan wujudnya suis ini, tiada alasan komputer riba gaming untuk tidak mempunyai kekunci mekanikal. Pihak Cherry mengatakan papan kekunci mekanikal pertama menggunakan suis ini akan dijual pada suku ke-dua 2018.

Komen