OneDrive Ingin Memudahkan Pemulihan Fail Daripada Ransomware Melalui Ciri Files Restore

OneDrive Ingin Memudahkan Pemulihan Fail Daripada Ransomware Melalui Ciri Files Restore

Diterbitkan pada Jan 14, 2018 oleh .

OneDriveMasalah ransomware dari hari ke hari mungkin menimbulkan kerisauan ramai – terutamanya apabila fail-fail utama terkesan disebabkan olehnya. Kini, untuk mengatasinya dengan mudah, pihak Microsoft dilihat bakal memperkenalkan ciri dinamakan Files Restore yang mengintegrasikan Windows 10 ke OneDrive.

Melaluinya, anda perlu memastikan dokumen anda dibuat salinan pendua ke OneDrive, dan anda boleh baik-pulih fail yang terkesan pada komputer anda dengan pantas melalui ciri Files Restore.

Pengguna juga boleh kembalikan fail simpanan pada OneDrive pada tarikh sebelumnya, sekaligus mengelakkan sebarang pendua yang dilakukan secara automatik selepas komputer terkesan dengan ransomware.

Ciri baru ini dijangka diuji oleh Microsoft dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN