Cari @ Amanz

Telekom Malaysia sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan siaran televisyen berasaskan interne dinamakan HyppTV bersama-sama pelancaran Unifi pada 2010 yang lepas. Sejak daripada itu, perkhidmatan berkenaan telah berkembang sedikit demi sedikit, dimana kini ia turut ditawarkan untuk pengguna peranti mudah-alih dan juga untuk pelanggan Streamyx.

Walaubagaimanapun, kini selepas hampir 8 tahun beroperasi, pihak Telekom Malaysia telah pun menjenamakan semula HyppTV kepada nama baru iaitu Unifi TV.

Langkah penjenamaan ini selari dengan objektif baru Telekom Malaysia yang menggunakan jenama Unifi untuk pelbagai perkhidmatan menyasarkan pengguna umum. Sebelum ini mereka turut telah menjenamakan semula Webe kepada Unifi Mobile, dan TM Wifi kepada Wifi@Unifi.

Bergerak kehadapan, perkhidmatan HyppTV akan dikenali dengan nama UnifiTV, sementara HyppTV Everywhere akan dikenali dengan nama Unifi Play TV.

Unifi TV

Walaupun melalui penjenamaan, harga pakej dan kandungan masih lebih kurang sama seperti sebelumnya. Pengguna boleh melanggan Jumbo Pack pada harga RM60 sebulan, atau pakej lain pada harga RM30 sebulan.

Bagi pengguna HyppTV sedia ada, anda akan dapat melihat perubahan ini pada perkhidmatan anda secara automatik – termasuk kemaskini aplikasi HyppTV Everywhere yang telah mula berlaku secara automatik. Anda juga masih boleh kekal menggunakan set-top box seperti sebelum ini tanpa sebarang masalah.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari jenama HyppTV atau lebih menyukai nama baru, Unifi TV?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd