Sebelum ini, kita telah melihat beberapa perkhidmatan dompet digital dilancarkan syarikat tempatan. Terkini, AirAsia yang terkenal dengan tambang penerbangan rendah turut menawarkan perkhidmatan dompet digital tersendiri dibawah nama dan syarikat tersendiri – BigPay.
BigPay ditawarkan untuk peranti Android dan iOS hari ini. Melaluinya, anda boleh menghubungkan sehingga 10 kad debit atau kredit, dan menggunakannya untuk tujuan pembayaran. Anda juga turut boleh membekukan sesuatu kad terus melalui aplikasi berkenaan – amat berguna sekiranya kad fizikal anda hilang dan sebagainya.
Melalui BigPay juga, anda turut boleh memantau perbelanjaan dan melihat berapakah anda belanja, serta mengawalnya.
Bercakap mengenainya, melalui Tweet, Tony Fernandes turut mengatakan ia kelak akan menyokong pertukaran mata wang, dan berkemungkinan juga meminjamkan wang melaluinya.
https://twitter.com/tonyfernandes/status/952718883483340800
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun BigPay ini hari ini, dan mencubanya sendiri.
- Muat-Turun BigPay untuk Android
- Muat-Turun BigPay untuk iOS