Pada penghujung tahun lalu Apple mengesahkan mereka memperlahankan prestasi iPhone lama yang dikesan mempunyai masalah bateri. Ini dilakukan oleh sistem operasi iOS bagi menyelesaikan masalah peranti mati secara rawak. Persoalannya sekarang adalah Apple turut memperlahankan prestasi iPad?
Di dalam laman khas mengenai prestasi bateri iPhone, Apple mengesahkan mereka tidak memperlahankan prestasi pada iPad. Perisian yang mengekang kelajuan pemproses ni hanya disertakan pada iPhone buat masa ini. Tiada sebab diberikan mengapa iPad tidak diperlahankan. Tetapi besar kemungkinan bateri iPad lebih tahan lama kerana tidak dicas dengan kerap serta berkapasiti lebih besar.