Perkhidmatan rangkaian 4G mula ditawarkan di Malaysia oleh Maxis pada tahun 2013. Lima tahun sudah berlalu dan kini kita sedang menantikan pula kemunculan rangkaian 5G. ZTE bersedia untuk kemunculan perkhidmatan selular generasi ke-lima ini. Menurut laporan Bloomberg, ZTE mengesahkan mereka akan melancarkan peranti pertama yang menyokong 5G seawal penghujung tahun ini atau awal 2019.
Pengumuman kewujudan peranti ini dilakukan amat awal walaupun masih banyak syarikat telekomunikasi yang belum bersedia untuk melancarkan rangkaian 5G. Di Malaysia hanya Celcom telah melakukan ujian 5G pada Mei tahun lalu. Dengan 5G kelajuan internet selular bukan sahaja semakin pantas tetapi akan bakal memperkasakan peranti berhubung.