Cari @ Amanz

Bateri sel kering kehabisan tenaga pada saat kritikal ialah perkara yang kami yakin pernah dilalui oleh pembaca Amanz. Paling kerap ia berlaku pada alat kawalan jauh televisyen. Oleh itu alternatif kepada bateri sel kering harus dibangunkan. Cota Forever Battery yang dibangunkan oleh Ossia ialah penyelesaian yang mungkin dinantikan-nantikan.

Bateri ini kelihatan seperti bateri sel kering saiz AA biasa cuma dengan kemampuan mendapatkan sumber udara dari “udara”. Teknologi frekuensi radio (RF) yang digunakan memancarkan kuasa elektrik dari jarak jauh. Penerima di dalam bateri akan mengubah RF menjadi tenaga elektrik. Ini menjadikannya bateri yang boleh berfungsi selama-lamanya tanpa perlu ditukar selagi pemancar RF terus membekalkan kuasa.

Selain membekalkan kuasa secara tanpa wayar, kesemua barangan elektrik yang dilengkapi bateri ini akan sekaligus menjadi peranti pintar. Pemilik boleh mengawal penggunaan kuasa dan memadamnya menggunakan aplikasi. Pembaziran tenaga dapat dikurangkan.

Buat masa ini Cota Forever Battery masih belum bersedia untuk digunakan secara komersila. Tetapi di masa hadapan kita tidak lagi hidup bagai geluk tinggal di air kerana bergantung kepada sel bateri kering.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd