Intel Dan Micron Akan Menghentikan Kerjasama Memori Flash Menjelang 2019

Intel Dan Micron Akan Menghentikan Kerjasama Memori Flash Menjelang 2019

Diterbitkan pada Jan 15, 2018 oleh .

Bagi yang tidak mengetahui, Intel dan Micron bekerjasama selama 12 tahun melalui syarikat IM Flash Technologies untuk menghasilkan teknologi cip Flash NAND untuk kegunaan storan digital dan sebagainya.

Setelah lebih sedekad bekerjasama, nampaknya kedua-dua syarikat ini sudahpun bersedia untuk memberhentikan gabungan tersebut pada penghujung tahun ini ataupun awal 2019 selepas mereka mengumumkan generasi ketiga cip storan 3D Flash NAND mereka.

Perpisahan ini dilihat sebagai sebuah langkah yang perlu dari kedua-dua pihak kerana walaupun kerjasama mereka dilihat sebagai salah satu pemangkin utama kemajuan teknologi NAND, kedua-dua syarikat nampaknya melihat pembuatan dan penggunaan teknologi NAND ini dari sudut yang berbeza.

Walaupun begitu, Intel dan Micron juga berkata bahawa teknologi NAND 3D XPoint mereka yang hadir melalui Intel Optane dan Micron X QuantX masih akan diteruskan walaupun kerjasama rasmi IM Flash ini diberhentikan pada hujung tahun ini.


TIPS & ULASAN