Telefon Pintar Dengan Projektor Terbina Moviphone Dilancarkan

Telefon Pintar Dengan Projektor Terbina Moviphone Dilancarkan

Diterbitkan pada Jan 15, 2018 oleh .

Peranti dengan projektor terbina jarang sekali ditemui kerana mensasarkan pasaran yang niche. Kali terakhir ia dilancarkan secara besar-besaran ialah pada tahun 2014 dengan Samsung Galaxy Beam 2. Dengan kepopularan perkhidmatan penstriman, peranti dengan projektor terbina mungkin harus kembali ke pasaran.

Di Amerika Syarikat, Moviphone baru sahaja dilancarkan dengan projektor terbina pada bahagian atas. Peranti Android Nougat ini dilengkapi sebuah projektor yang mampu memancarkan imej sebesar 200″ pada resolusi 720P dengan keterangan 50 Lumens.

Dari segi spesifikasi, Moviphone dilengkapi skrin 5.5″ HD, dijana pemproses MediaTek MT6750V, memori sebesar 3/4 GB RAM dan storan 32/64GB. Kamera utama adalah sebesar 13-Megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 8-Megapixel. Bagi membekalkan kuasa kepada peranti dan projektor, bateri sebesar 4000 mAh disertakan. Moviphone dijual pada harga $599 (~RM 2400) sebuah.


TIPS & ULASAN