OnePlus Sedang Menyiasat Laporan Pengguna Mengatakan Info Kad Kredit Tertiris

OnePlus Sedang Menyiasat Laporan Pengguna Mengatakan Info Kad Kredit Tertiris

Diterbitkan pada Jan 15, 2018 oleh .

Pada penghujung minggu lepas, salah satu perkara yang hangat dibincangkan pada laman forum OnePlus mahupun di Reddit adalah berkaitan ketirisan maklumat dan info kad kredit yang digunakan untuk pembelian peranti melalui OnePlus.net.

Beberapa pengguna mengatakan kad kredit yang digunakan mereka untuk pembelian melalui OnePlus.net dikenakan caj daripada pihak ketiga yang tidak dikenal-pasti untuk pelbagai pembelian yang meragukan. Sejumlah pengguna mengatakan mereka menggunakan kad berkenaan khusus di laman OnePlus.net dan membuatkan mereka terkejut dengannya.

OnePlus 5T

Lanjutan daripadanya, kini pihak OnePlus telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan mereka sedang menyiasat tuduhan ini.

OnePlus menggunakan khidmat pihak ketiga untuk tujuan transaksi – dan mereka mengatakan sedang bekerjasama dengan pihak berkenaan berkaitan hal ini. OnePlus turut mengalakkan pengguna untuk menyemak kenyataan kad kredit mereka dan menghubungi bank sekiranya terdapat sebarang caj yang meragukan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut berkaitan hal ini daripada pihak OnePlus. Perkara ini mungkin tidak memberikan impak kepada pengguna tempatan yang membeli melalui saluran Shopee untuk OnePlus. Ini hanya mungkin melibatkan anda sekiranya anda pernah membuat pembelian melalui laman OnePlus.net – yang biasanya menyasarkan pengguna global.


TIPS & ULASAN