Xiaomi Mengemaskini Harga Jualan Mi Max 2 – Kini Berharga RM1049

Xiaomi Mengemaskini Harga Jualan Mi Max 2 – Kini Berharga RM1049

Diterbitkan pada Jan 15, 2018 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengemaskini harga jualan untuk telefon pintar dengan skrin bersaiz besar mereka, iaitu Mi Max 2 untuk pasaran tempatan. Xiaomi Mi Max 2 kini boleh didapati pada harga RM1049, memperlihatkan pengurangan sekitar RM150 berbanding harga jualan asal, iaitu RM1199.

Xiaomi Mi Max 2 hadir dengan skrin bersaiz 6.44-inci, menggunakan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Melengkapkan ia adalah kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Dengan skrin bersaiz besar, ia juga turut hadir dengan bateri berkapasiti 5300mAh.

Xiaomi dilihat menyasarkan telefon pintar ini untuk mereka yang inginkan skrin peranti bersaiz besar, dan pada masa yang sama bateri berkapasiti besar.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Mi Max 2 ini pada harga RM1049 melalui pengedar rasmi Xiaomi seluruh negara.

Beli : Xiaomi Mi Max 2


TIPS & ULASAN