Cari @ Amanz

Pasaran peranti di China ialah yang terbesar di dunia pada tahun 2017. Tidak mengejutkan tahun lalu melihat tiga daripada lima pengeluar peranti terbesar di dunia adalah syarikat dari China. Firma Counterpoint Research telah mengeluarkan senarai sepuluh peranti dengan jualan tertinggi di China sepanjang 2017 dan Oppo R9S gah di tangga teratas dengan penganan 3% pasaran.

Ini diikuti rapat oleh iPhone 7 Plus (2.8%), Vivo X9 (2.7%), Oppo A57 (2.6%) dan iPhone 7 (2.4%). Lapan daripada sepuluh peranti dengan jualan tertinggi di China adalah produk keluaran syarikat tempatan. Paling menarik ialah peranti-peranti di bawah payung BBK Electronics terjual dalam jumlah yang tinggi walaupun hanya dilengkapi pemproses kelas pertengahan dan permulaan. Strategi mereka nyata berjaya dan ini menjawab persoalan mengapa Oppo dan Vivo tidak langsung mempunyai peranti dengan pemproses paling berkuasa di pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd