The Pocket Sejadah – Sejadah Padat Yang Boleh Dimasukkan Ke Dalam Kocek Seluar
Artikel Berkaitan

The Pocket Sejadah – Sejadah Padat Yang Boleh Dimasukkan Ke Dalam Kocek Seluar

Diterbitkan pada Jan 16, 2018 oleh .

Solat ialah salah satu dari tiang agama. Oleh itu ia adalah amalan yang paling dituntut bagi seorang Muslim. Di Malaysia amat mudah untuk bersolat kerana terdapat banyak surau di pejabat dan pusat membeli belah. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda di luar negara? Sekiranya anda kerap berada di dalam situasi sukar mencari ruang solat, The Pocket Sejadah ia jawapan kepada masalah ini.

Ia adalah sebuah sejadah padat sebesar kertas A5 yang boleh disimpan di dalam poket seluar. Keseluruhan sejadah dihasilkan dari bahan yang kalis air dengan rekaan minimalis bagi mengelakkan gangguan ketika beribadah. Terdapat tiga rekaan dihasilkan oleh Takva, sebuah syarikat yang berpangkalan di Jepun. Buat masa ini The Pocket Sejadah sedang mengumpul dana menerusi KickStarter dan boleh dipesan pada harga SGD 39 (~RM 117) sebuah.

Walaupun direka untuk digunakan di luar negara, sejadah padat ini sebenarnya turut sesuai digunakan di Malaysia terutamanya pada hari Jumaat. Tiada masalah bersolat di atas jalan raya atau sejadah menjadi kepam kerana basah.


TIPS & ULASAN