Dengan arena kenderaan berhubung dan swapandu yang semakin popular, salah satu perkara yang turut menjadi kerisauan ramai adalah kerentanan sekuriti yang boleh membuat pelbagai perubahan dan mengawal kenderaan mereka. Kini, dalam usaha menguatkan dan menambah-baik lagi sekuriti pada kenderaan, hari ini BlackBerry mengumumkan penawaran sekuriti mereka yang baru dinamakan BlackBerry Jarvis.
Jarvis akan mengimbas kod yang dibangunkan syarikat automotif, dan seterusnya mengenal-pasti sebarang masalah dan kerentanan sekuriti. BlackBerry mengatakan imbasan dan keputusan boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja berbanding kebiasaan yang memakan berhari-hari.
Seperti biasa, syarikat automotif boleh melanggan perkhidmatan Jarvis ini, dan seterusnya menyesuaikan ia berdasarkan kepada keperluan dan perisian mereka.