WhatsApp Sedang Menguji Ciri “Sticker” Pada Perkhidmatan Permesejan Mereka

WhatsApp Sedang Menguji Ciri “Sticker” Pada Perkhidmatan Permesejan Mereka

Diterbitkan pada Jan 16, 2018 oleh .

WhatsApp Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan yang digunakan secara meluas oleh pengguna seluruh dunia. Selepas sekian lama memfokuskan kepada permesejan teks sahaja, pihak WhatsApp telah menambah beberapa ciri-ciri baru padanya, termasuk WhatsApp Status, sokongan panggilan suara, dan sebagainya.

Kini, seperti kebanyakkan perkhidmatan permesejan moden lain, WhatsApp turut dilihat ingin menambah sokongan Sticker pada perkhidmatan mereka.

WhatsApp Sticker

Seperti ramai sedia maklum, sticker merupakan grafik bersaiz sedikit besar berbanding emoji biasa, dan memudahkan lagi anda menyampaikan sesuatu emosi melaluinya.

Menurut WaBetaInfo, ia masih pada peringkat ujian tertutup, dan WhatsApp turut dijangka menyertakan ciri sokongan WhatsApp Store untuk memuat-turun sticker – lebih kurang seperti pada Facebook Messenger.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua.

WhatsApp Sticker


TIPS & ULASAN