Jualan jam tangan pintar kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir kerana ramai merasakan ia masih lagi bukan peranti yang perlu dimiliki. Di kalangan peminat jam tangan pula, jam tangan pintar tidak dilihat eksklusif kerana tidak dihasilkan oleh pengeluar ternama. Bagi golongan ini jam tangan pintar termahal di dunia TAG Heuer Connected Modular 45 Full Diamond telah dilancarkan.
Ia sebuah TAG Heuer Connected Modular 45 yang diperbuat daripada emas putih dan ditatah dengan 589 butir permata yang bersamaan dengan 23.35 carat. Harga jualan jam tangan ini ialah CHF 190,000 (~RM 778,000). Sekiranya pemilik tidak berminat dengan sistem Android Wear, modul mekanisme mekanikal Calibre 5 ditukar secara modular.
Dari segi spesifikasi jam tangan Android Wear 2.0 ini dilengkapi skrin 1.39″ AMOLED, dijana pemproses Intel Atom Z34XX, memori sebesar 512, storan sebesar 4 GB dan bateri sebesar 325 mAh.