Cari @ Amanz

Cherry baru-baru ini memperkenalkan suis kekunci Cherry MX Low Profile mereka yang hadir denganr rekaan yang lebih padat, dan dilihat bakal digunakan pada laptop gaming bersaiz nipis.

Terkini, Ducky, pembuat papan kekunci terkemuka dari Germany dilihat menunjukkan papan kekunci terbaru mereka yang menggunakan suis Cherry MX Low Profile ini, yang dinamakan Ducky Blade Air.

Dengan penggunaan Cherry MX Low Profile, papan kekunci ini mempunyai ketinggian 22mm sahaja, tetapi hadir dengan ciri-ciri yang cukup menarik seperti sistem pencahayaan RGB, N-key rollover, penggunaan kekunci dengan cetakan double-shot PBT dan juga sokongan untuk sistem pintasan makro.

Lebih menarik lagi, papan kekunci ini bukan sahaja menyokong sistem operasi Windows dan MacOS, tetapi juga Android dan iOS. Buat masa ini, Ducky masih belum lagi menyatakan bilakah papan kekunci Ducky Blade Air ini akan dijual.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd