OxygenOS Beta Terbaru Untuk OnePlus 3/3T Menambah Sokongan Face Unlock

OxygenOS Beta Terbaru Untuk OnePlus 3/3T Menambah Sokongan Face Unlock

Diterbitkan pada Jan 16, 2018 oleh .

OnePlus telah mengatakan sebelum ini yang mana mereka bakal menambah ciri nyah-kunci berasaskan wajah atau dinamakan Face Unlock pada OnePlus 3 dan OnePlus 3T. Kini, seperti diperkatakan, pihak OnePlus melalui kemaskini OxygenOS terbaru telah menambah ciri berkenaan untuk pengguna beta.

Dengan ciri ini, ia menggunakan imbasan wajah melalui kamera hadapan, dan memudahkan anda untuk log masuk ke peranti. Seperti biasa, pengguna masih boleh kekal menggunakan sokongan nyah-kunci berasaskan pengimbas cap jari melaluinya.

Buat masa ini, ia diuji pada peringkat beta, dan mungkin kita akan dapat melihat ia diperkenalkan kepada semua dalam beberapa bulan lagi. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri OxygenOS Beta untuk OnePlus 3/3T anda.


TIPS & ULASAN