Cari @ Amanz

Ransomware kini telah menjadi salah satu igauan ramai pengguna, apatah lagi apabila sesuatu komputer dijangkiti, ia membuatkan pelbagai fail dan dokumen anda terjejas dan sukar untuk diakses. Terdapat sejumlah perisian yang membantu mengatasinya, dan pihak Trend Micro turut menyediakan penawaran tersendiri.

Dinamakan sebagai Ransom Buster, perisian ini ditawarkan untuk pengguna Windows. Ia membawakan ciri seumpama kawalan folder yang hadir pada Windows 10 – tetapi Ransom Buster boleh digunakan pada pelbagai versi Windows.

Ransom Buster

Apabila ia dipasang, anda boleh menetapkan folder yang anda ingin lindungi. Perisian ini akan memantau pelbagai perubahan, dan sekiranya ia mengenal-pasti sesuatu program atau perisian cuba melakukan perubahan – ia akan dihentikan dan anda akan diberikan notifikasi.

Anda turut boleh mengawal perisian yang dibenarkan melakukan perubahan dan sebaliknya.

Bagi anda yang risau akan jangkitan ransomware dan perisian hasad lain, mungkin boleh mencuba Ransom Buster daripada Trend Micro ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd