Cari @ Amanz

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini melalui laman web mereka mengumumkan yang mana mereka telah mengenal-pasti beberapa aplikasi di Google Play Store yang menggunakan nama ASB pada penawaran aplikasi mereka.

ASNB

Menurut ASNB, aplikasi seperti “ASB PNB ASNB”, “ASB Kalkulator” dan sebagainya menyalahgunakan nama dan logo ASB, selain pada masa yang sama turut memberikan tanggapan yang mana ia adalah umpama aplikasi rasmi pihak ASB.

Pihak ASB meminta pengguna supaya berhati-hati, dan ASB tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian disebabkan penggunaan aplikasi berkenaan.

Untuk anda sendiri, kami menasihatkan untuk menyemak terlebih dahulu penerbit sesuatu aplikasi sebelum memasangnya. Dan pada masa yang sama, kenal pasti pelbagai info dan akses yang dimohon aplikasi berkenaan sebelum membenarkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd