Cari @ Amanz

Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional hari ini telah mengumumkan kerjasama, dimana mereka berdua akan bekerjasama untuk membangunkan dan mengimplementasi Pelan Fiber Seluruh Negara.

TM TNB

Melalui kerjasama ini, TM dan TNB masing-masing akan berkongsi infrastruktur dan kepakaran dalam arena jalur-lebar – sekaligus membolehkan mereka memberikan akses jalur-lebar berkelajuan tinggi kepada semua pengguna tempatan.

Untuk makluman, Telekom Malaysia sedia menawarkan akses jalur-lebar kepada pelanggan, selain turut menyediakan penawaran borong untuk para penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain.

Untuk TNB pula, mereka mempunyai infrastruktur pembekalan tenaga elektrik, dan sokongan menggunakan rangkaian transimi elektrik untuk komunikasi optik fiber. Selain daripada itu, TNB juga turut telah mengambil-alih syarikat penyedia Cyberjaya Broadband sebelum ini yang menawarkan perkhidmatan jalur-lebar kepada pengguna di Cyberjaya.

TM dan TNB turut mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai pelbagai info lanjut mengenainya kelak selepas pelbagai terma komersil dimuktamadkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd