Cari @ Amanz

Twitter sebelum ini sedia menawarkan Twitter Lite yang dioptimasikan untuk sambungan perlahan dan memudahkan lebih ramai menikmati perkhidmatan Twitter. Ketika pengenalan awal, ia hanya ditawarkan untuk peranti mudah-alih dengan skrin kecil sahaja.

Twitter Lite

Kini, pihak Twitter turut memperluaskan penawarannya, dan turut menyokong pengguna yang menggunakan skrin besar – iaitu pada komputer. Paparannya lebih dioptimasikan untuk skrin besar, dan turut menawarkan akses yang pantas berbanding web Twitter biasa. Anda turut boleh mengaktikan ciri Data Saver, dan menjimatkan data dengan memilih untuk tidak memuatkan sebarang gambar pada garis masa.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Twitter Lite hari ini, dan mengaksesnya dengan data yang lebih jimat berbanding mengakses web Twitter biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd