Pengguna Honor 7X Malaysia Akan Menerima Fungsi Nyah-Kunci Menggunakan Wajah Dalam Masa Beberapa Minggu Lagi

Pengguna Honor 7X Malaysia Akan Menerima Fungsi Nyah-Kunci Menggunakan Wajah Dalam Masa Beberapa Minggu Lagi

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Pihak Honor mengumumkan bahawa peranti Honor 7X akan menerima fungsi nyah-kunci menggunakan wajah dua minggu yang lalu. Fungsi ini tiba-tiba menjadi popular semula selepas dilupakan hanya dua tahun yang lalu. Bagi pemilik Honor 7X di Malaysia, mereka bernasib baik kerana kemaskini yang mengaktifkan fungsi ini akan diberikan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Pada waktu yang sama, pihak Honor turut mengesahkan pengguna Malaysia akan menjadi antara yang terawal menerimanya. Pada Honor 7X pengguna kelak hanya perlu menekan butang kuasa apabila peranti dikunci. Sistem imbasan wajah kini aktif dan bersedia untuk mengimbas wajah pengguna sebelum melakukan nyah-kunci.


TIPS & ULASAN