Rekaan Peranti Moto G6, Moto G6 Plus Dan Moto G6 Play Turut Tertiris

Rekaan Peranti Moto G6, Moto G6 Plus Dan Moto G6 Play Turut Tertiris

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Selain rekaan peranti Moto E5 dan juga Moto X5, ia dilihat rekaan keluarga peranti Moto G6 turut tertiris ke arena web – memperlihatkan secara ringkas apakah yang akan dibawakan oleh keluarga peranti terbaru berkenaan kelak pada tahun ini.

Daripada apa yang dilihat secara kasar, keluarga peranti Moto G6 menggunakan skrin dengan rekaan 18:9 – salah satu trend popular akhir-akhir ini.

Moto G6

Dari segi spesifikasi, Moto G6 dikatakan bakal menggunakan Snapdragon 450, bateri 3000mAh, dan skrin bersaiz 5.7-inci.

Moto G6 Plus pula dijangka menggunakan Snapdragon 630, bateri 3200mAh dan skrin bersaiz 5.93-inci. Sementara Moto G6 Play dijangka menggunakan bateri berkapasiti 4000mAh.

Moto G6 turut dilihat akan mengekalkan penggunaan dwi-kamera di belakang, selain menyertakan pengimbas cap jari bersama dengannya.

Moto G6

Moto G6

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Motorola akan memperkenalkan keluarga peranti ini secara rasminya. Dengan pelbagai ketirisan ini, adakah kita akan melihatnya seawal MWC kelak?


TIPS & ULASAN