Menangi Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baru Cina Bersama Shopee

Menangi Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baru Cina Bersama Shopee

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan antara salah satu perayaan yang akan disambut secara besar besaran di Malaysia. Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang, Shopee telah mengumumkan Kempen Wang bersama Shopee dengan tawaran hadiah yang pelbagai berjumlah lebih RM1 juta kepada semua pengguna. Kempen ini akan berlangsung dari 15 Januari sehingga 25 Februari iaitu selama 6 minggu.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen tersebut adalah permainan Fortune Ang Pao’ yang menawarkan hadiah bernilai lebih daripada RM1 juta dan juga berpeluang untuk memenangi Shopee coins, baucar lebih 20,000 unit tiket emas setiap hari bermula 15 januari hingha 23 Februari. Untuk setiap tiket emas, ia menawarkan hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, wang tunai berjumlah RM1500 dan hadiah utama bernilai RM8888. Hadiah sagu hati lain termasuklah bank kuasa, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi.

Sepanjang kempen ini berlangsung juga, Jualan Kilat Shopee yang akan dijadualkan 5 kali sehari bersama hadiah tambahan lain menerusi permainan secara langsung di Facebook. Acara Shopee Prosperity Boxes juga akan dijalankan dimana aktiviti ini mempunyai 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong.

Apa yang para pengguna perlu lakukan adalah anda hanya perlu mendaftarkan diri di acara Facebook ‘ Wang With Shopee sempena Tahun Baru Cina 2018’. Apabila pendaftaran mencapai semakin bertambah dan mencapai bilangan 18,888 pengguna, banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000.

Shopee juga memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi peluang hadiah. Shopee juga telah berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuklah PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons dan banyak lagi yang menawarkan promosi dan potongan harga sehingga 90%.

Jadi jangan terlepas untuk membuat pembelian promosi bersama Shopee sempena Tahun Baru Cina ini bagi memenangi hadiah hadiah menarik yang telah ditawarkan.

Beli: Wang With Shopee


TIPS & ULASAN