Thunderobot Kini Hadir Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Laptop Dan Aksesori Gaming

Thunderobot Kini Hadir Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Laptop Dan Aksesori Gaming

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Beberapa hari lalu. tanda harga untuk beberapa laptop dari Thunderobot, sebuah pembina laptop yang hadir dari jenama elektronik Haier baru telah tertiris di laman web Lazada. Laptop-laptop yang bakal dibawa masuk ke Malaysia ini termasuklah Thunderobot 911 SE, Thunderobot ST Plus, Thunderobot TR 911 GT dan juga Thunderobot Dino.

Di acara pelancaran Thunderobot hari ini, jenama tersebut mengumumkan beberapa butiran menarik mengenai syarikat tersebut, termasuklah persetujuan untuk melantik ECS sebagai pengedar rasmi peranti-peranti Thunderobot, termasuklah laptop-laptop dan juga aksesori gaming mereka, yang merangkumi tetikus, papan kekunci dan juga fon kepala.

Keempat-empat laptop yang kami tulis sebelum ini kini sudahpun boleh dibeli melalui laman web Lazada bermula hari ini, tetapi pihak Thunderobot juga ada menyatakan bahawa jika anda ingin melihat laptop-laptop tersebut, anda boleh ke kedai-kedai komputer yang popular seperti CZone, Brightstar Computer, dan Monaliza & Mastura Enterprise untuk membelek-belek laptop-laptop tersebut sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Selain daripada laptop-laptop gaming, Thunderobot juga bakal membawa masuk aksesori-aksesori gaming yang merangkumi papan kekunci, tetikus dan juga fon kepala. Menurut jurucakap Thunderobot, aksesori-aksesori ini berkemungkinan besar akan mula dijual selepas perayaan Tahun Baru Cina kelak.

Tanda harga untuk keempat-empat laptop yang dibawa masuk oleh Thunderobot adalah seperti berikut:

• Thunderobot 911 SE – RM4499
• Thunderobot ST Plus – RM4899
• Thunderobot TR 911GT – RM7099
• Thunderobot Dino – RM8899

Bagi mereka yang ingin membeli laptop-laptop ini melalui Lazada 50 pembeli pertama akan diberi sebuah tetikus Thunderobot bernilai RM189 dengan percuma.


TIPS & ULASAN