WhatsApp Menguji Ciri Memberi Amaran Ketika Menghantar Mesej Berantai

WhatsApp Menguji Ciri Memberi Amaran Ketika Menghantar Mesej Berantai

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Dengan lebih ramai menggunakan WhatsApp, salah satu perkara yang sangat merisaukan adalah penghantaran dan perkongsian mesej berantai – dimana boleh dikatakan kebarangkalian mesej yang dihantar membawa info palsu adalah tinggi. Secara teknikalnya, boleh dikatakan ia agak sukar untuk dikawal disebabkan oleh integrasi ciri penyulitan padanya.

WhatsApp Spam Control

Kini, untuk mengatasi perkara berkenaan, WhatsApp dilihat memaparkan notifikasi apabila pengguna cuba menghantar mesej berbentuk spam daripada seseorang kepada pengguna lain dengan memaparkan notifikasi – “A message you are forwarding has been forwarded many times.”.

Dengan langkah ini, WhatsApp dilihat ingin mengurangkan penghantaran mesej berbentuk spam, dan mengurangkan kebarangkalian berita palsu dikongsikan melaluinya.

Pihak WhatsApp masih belum mengumumkan ciri ini secara rasminya buat masa ini, tetapi ia telah mula dilihat pada versi pembangunan terbaru aplikasi permesejan berkenaan.


TIPS & ULASAN