Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 akan berlangsung di Pyeongcheong Korea Selatan pada 9 Februari ini. Samsung ialah antara syarikat yang menaja acara berprestij ini. Seperti pada Sukan Olimpik Brazil 2016, Samsung sekali lagi mengeluarkan peranti edisi khas. Kali ini Samsung Galaxy Note 8 PyeongChang 2018 Olympic Games Limited Edition dilancarkan. Sebanyak 4000 unit akan dihasilkan dan hanya akan diterima oleh barisan atlit serta petugas temasya.
Samsung Galaxy Note 8 PyeongChang 2018 Olympic Games Limited Edition mempunyai rekaan panel belakang berwarna putih dengan sisi berwarna emas. Warna yang sama digunapakai pada S-Pen peranti. Logo sukan Olimpik turut diletakkan pada panel belakang. Perubahan lain yang dilakukan ialah tema dan antaramuka khas Sukan Olimpik Musim Sejuk.