Peranti Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Skrin Vivo X20 UD Muncul Di TENAA
Artikel Berkaitan

Peranti Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Skrin Vivo X20 UD Muncul Di TENAA

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Beberapa minggu yang lalu, Vivo memperlihatkan peranti dengan pengimbas cap jari terbina mereka di CES 2018. Pada waktu tersebut mereka belum mengumumkan nama peranti yang akan dilengkapi sistem ini. Hari ini peranti Vivo X20 Plus UD akhirnya muncul di dalam pangkalan data TENAA.

Ia hanyalah peranti kemaskini kepada Vivo X20 Plus dengan sistem imbasan cap jari terbina pada skrin. Dari segi rekaan ia dilengkapi skrin 6.43″ SAMOLED dengan resolusi 1080×2160 pixel, dijana pemproses Snapdragon 660, memori sebesar 4GB dan storan 64GB.

Kamera utama sebesar 24 (12+12)+5 Megapixel f/1.8 manakala kamera selfie pula sebesar 24-Megapixel (12+12) f/2.0. Bateri sebesar 3905 mAh memperkasakan peranti yang menggunakan Android 7.1.1.


TIPS & ULASAN