Meizu M6S Hadir Dengan Skrin 18:9, Cip Exynos, Pengimbas Cap Jari Di Tepi Peranti

Meizu M6S Hadir Dengan Skrin 18:9, Cip Exynos, Pengimbas Cap Jari Di Tepi Peranti

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Meizu hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka di China, iaitu Meizu M6S. Secara kasarnya, Meizu M6S tidak membawakan sebarang ciri unik, tetapi lebih kepada penawaran ciri-ciri trend terkini.

Meizu M6S menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan HD+, menawarkan nisbah skrin 18:9, dan dilengkapi cip pemprosesan Exynos 7872. Telefon pintar ini turut hadir dengan memori 3GB RAM dan storan mencapai 64GB.

Meizu M6S

Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera belakang 16-megapixel f/2.0 daripada Samsung, dan juga kamera hadpaan 8-megapixel f/2.0. Meizu turut menyertakan bateri 3000mAh yang dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas yang boleh mengecas peranti mencapai 52% dalam masa 30 minit.

Meizu M6S

Meizu menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi – lebih kurang sama seperti pada Sony, dan mengatakan memberikan akses pantas nyah-kunci peranti dalam masa hanya 0.2 saat.

Meizu turut membuat beberapa perubahan pada perisian, dimana kini pengguna boleh menekan dan membuat tetapan akses pantas pada kekunci maya bulat yang dipaparkan pada bahagian bawah skrin.

Buat masa ini, telefon pintar ini hanya ditawarkan untuk China sahaja, dimana ia dijual pada harga bermula RMB999 iaitu sekitar RM614.


TIPS & ULASAN