YouTube Mengetatkan Program Jana Duit Untuk Penerbit Video – Perlukan Masa Tontonan 4000 Jam

YouTube Mengetatkan Program Jana Duit Untuk Penerbit Video – Perlukan Masa Tontonan 4000 Jam

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

YouTube merupakan salah satu platform penerbitan video popular – dimana sejumlah penerbit menggunakannya dalam menjana duit. Sebelum ini, YouTube menetapkan yang mana pengguna perlu mempunyai sekitar 10,000 tontonan sebelum dapat menjana pendapatan tambahan melalui YouTube Partner Program.

Hari ini, YouTube membuat perubahan pada perkara berkenaan, dimana kini YouTube memerlukan sesuatu saluran mempunyai sekurang-kurangnya 1000 pelanggan dan juga 4000 jam masa tontonan dalam tempoh 12 bulan lepas.

Disamping melihat kepada data ini, YouTube turut mengatakan akan mengambil kira beberapa perkara lain, termasuk maklumbalas komuniti dan sebagainya.

Dengan langkah ini, YouTube mengatakan ingin mengurangkan saluran yang berbentuk spam dan sebagainya.


TIPS & ULASAN