Microsoft sebelum ini telah mengambil pra-tempahan untuk Surface Laptop untuk pasaran tempatan. Kini, selain daripada Surface Laptop, pihak Microsoft turut mengumumkan yang mana Surface Book 2 akan hadir ke pasaran tempatan.
Menurut Microsoft, Surface Book 2 ini akan diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara antara Februari ke April kelak. Microsoft dijangka membawa masuk Surface Book 2 bersaiz 13-inci dan 15-inci untuk pasaran tempatan.
Surface Book 2 merupakan komputer riba menjalankan sistem operasi Windows 10 penuh, dilengkapi cip Intel Core generasi kelapan, dan menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 atau 1060. Microsoft turut menjanjikan masa penggunaan bateri sehingga 17 jam, selain turut menyokong Surface Pen.
Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi.
https://www.youtube.com/watch?v=4ck5RbTQj28