Pemproses Exynos 7872 Dilancarkan Dengan Sokongan Imbasan Anak Mata

Pemproses Exynos 7872 Dilancarkan Dengan Sokongan Imbasan Anak Mata

Diterbitkan pada Jan 18, 2018 oleh .

Samsung memperkenalkan sistem imbasan anak mata pada peranti Galaxy Note 7. Ia membolehkan peranti dinyahkunci walaupun di dalam keadaan gelap dan lebih selamat jika dibandingkan dengan nyahkunci menggunakan wajah sebelum ini. Sehingga kini sistem ini hanya digunakan pada peranti utama keluaran Samsung.

Semalam pemproses Exynos 7872 telah dilancarkan bersama dengan Meizu M6S yang menjadi peranti pertama menggunakannya. Pemproses terkini di bawah keluarga Exynos 5 dihasilkan menggunakan teknologi 14 nm FinFET ini dilengkapi enam teras. Dua tCortex-A73 (2.0GHz) dipadankan dengan empat teras Cortex-A53 (1.6Ghz) dan cip grafik Mali-G71 GPU.

Walaupun ia cip kelas pertengahan, Exynos 7872 mempunyai sokongan imbasan anak mata. Ini mungkin petanda awal Samsung mempunyai perancangan memperkenalkan imbasan anak mata pada peranti kelas pertengahan kelak.

Selain daripada itu pemproses ini menyokong rakaman video 1080P 120FPS, kamera sehingga 21.7-Megapixel, resolusi skrin 1920×1200 WUXGA dan modem LTE Cat 7.


TIPS & ULASAN