Instagram Menguji Ciri Menghantar Notifikasi Jika Anda Merakam Skrin Pada Instagram Stories

Instagram Menguji Ciri Menghantar Notifikasi Jika Anda Merakam Skrin Pada Instagram Stories

Diterbitkan pada Jan 18, 2018 oleh .

Salah satu ciri menarik pada Instagram adalah sokongan Instagram Stories – membolehkan anda berkongsi gambar dan video yang hilang dalam tempoh 24 jam. Memandangkan ia akan hilang selepas 24 jam, mungkin ada kalanya anda inginkan ia hilang terus dan tiada siapa yang merakamkan gambar skrin untuknya.

Mengenal-pasti perkara berkenaan, kini Instagram menguji ciri baru yang menghantar notifikasi kepada penerbit sesuatu Instagram Stories sekiranya anda merakamkan gambar skrin ketika menonton Instagram Stories mereka.

Instagram Screenshot

Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian, dan belum diperkenalkan kepada semua. Pengguna hanya diberikan amaran apabila mereka merakamkan gambar skrin buat pertama kalinya – dan notifikasi akan dihantar kepada pemilik Instagram Stories apabila dilakukan untuk kali kedua dan seterusnya.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Instagram akan memperkenalkan ciri baru yang diuji ini kepada semua pengguna atau tidak.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan mengemari ciri baru ini?


TIPS & ULASAN