Dell XPS 13 (2018) Akan Hadir Ke Malaysia Pada Penghujung Januari 2018

Dell XPS 13 (2018) Akan Hadir Ke Malaysia Pada Penghujung Januari 2018

Diterbitkan pada Jan 18, 2018 oleh .

Dell Malaysia hari ini telah berkongsi berkaitan beberapa produk baru mereka, termasuk menyentuh mengenai Dell XPS 13 baru yang telah diperkenalkan pada acara CES 2018 lepas. Bercakap mengenainya, Dell Malaysia mengatakan mereka akan menawarkan Dell XPS 13 (2018) akan mula dijual di pasaran tempatan pada 26 Januari 2018 kelak.

Dell XPS 13

Dell XPS 13 hadir dengan skrin 13.3-inci dengan rekaan skrin nirbingkai yang dinamakan Infinity Edge, menawarkan resolusi 3840×2160 pixel, dilengkapi cip Intel Core i5 atau i7, serta grafik Intel UHD Graphics 620. Dell turut menawarkan pilihan storan 1TB SSD untuk komputer riba ini.

Dell XPS 13

Berbeza dengan Dell XPS 13 sebelum ini, versi 2018 menyertakan kamera pada bahagian tengah dibawah, dan turut hadir dalam pilihan warna putih. Dell turut menyertakan pengimbas cap jari, selain menawarkan port USB-C, dan dua port Thunderbolt 3. Dell mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri selama 19 jam lamanya.

Buat masa ini, Dell sekadar mengumumkan yang mana ia akan ditawarkan pada penghujung Januari ini, dan tidak mengumumkan harga jualannya lagi.

Kemaskini : Dell mengumumkan ia akan berharga bermula RM5999.


TIPS & ULASAN