Carian
Varmillo Menunjukkan Papan Kekunci “Chicken Dinner” Untuk Pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds
January 18, 2018 Nazrin

Jumlah pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) kini sudah mencecah 30 juta pemain, satu fenomena yang agak jarang dilihat semenjak hari-hari dimana World of Warcraft menjadi raja permainan komputer dalam talian.

Varmillo, sebuah pembuat papan kekunci dari China baru-baru ini dilihat menunjukkan papan kekunci terbaru mereka yang bertemakan permainan PUBG tersebut yang dinamakan Chicken Dinner.

Papan kekunci Chicken Dinner tersebut hadir dengan kekunci-kekunci yang mempunyai logo ikon daripada permainan komputer PUBG untuk menandakan pintasan didalam permainan tersebut. Bahagian spacebar papan kekunci ini juga hadir dengan ungkapan “Winner Winner Chicken Dinner” yang dapat dilihat apabila anda memenangi pusingan PUBG tersebut.

Papan kekunci Chicken Dinner ini juga hadir dengan dua model, iaitu model dengan kekunci penuh dan juga model tenkeyless, dimana bahagian numpad dibuang untuk digunakan pada ruangan yang sempit.

Dari segi suis kekunci pula, anda boleh memilih untuk menggunakan suis Cherry MX Blue, Red, Brown dan Silver. Papan kekunci Varmillo Chicken Dinner ini bermula dari harga $131 (RM520).

Komen