Google Akan Mengutamakan Kepantasan Sesuatu Web Pada Paparan Mudah-Alih Untuk Hasil Carian

Google Akan Mengutamakan Kepantasan Sesuatu Web Pada Paparan Mudah-Alih Untuk Hasil Carian

Diterbitkan pada Jan 18, 2018 oleh .

Google pada hari ini adalah enjin carian utama yang digunakan majoriti besar pengguna seluruh dunia – tidak kira pada desktop atau peranti mudah-alih. Hari ini, mereka mengumumkan sedikit perubahan yang akan dilakukan pada laman enjin carian mereka pada Julai 2018 kelak.

Google kini mengatakan mereka akan mula mengambil-kira kepantasan sesuatu web pada peranti mudah-alih dalam menyenaraikan mereka pada laman hasil carian. Walaupun kepantasan diutamakan, tetapi Google turut menekankan yang mana mereka turut akan mengambil kira kadar relevan sesuatu web sebelum memaparkan hasil carian berkenaan.

Langkah ini mungkin diambil oleh Google memandangkan lebih ramai yang menggunakan peranti mudah-alih untuk carian berbanding desktop dari hari ke hari.

Google sendiri sebelum ini telah menekankan penggunaan AMP, dan mungkin langkah ini akan membuatkan lebih ramai penerbit web untuk menggunakannya – apatah lagi dengan Facebook sendiri kini membuat perubahan algoritma yang kurang mengutamakan penerbit web.


TIPS & ULASAN