Carian
Anda Boleh Menyaksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 31 Januari Ini
January 18, 2018 Aman

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) kini telah mengumumkan yang mana gerhana bulan penuh akan berlaku di beberapa rantau, termasuk di Malaysia pada 31 Januari 2018 ini. Ia akan berlaku selama 5 jam 17 minit bermula 6.51 petang sehingga 12.08 tengah malam – sekaligus membolehkan para pengguna tempatan untuk melihatnya pada pelbagai keadaan berbeza mengikut lokasi anda.

Seperti ramai sedia maklum, gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan selari sebaris – sekaligus membuatkan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra Bumi.

Ketika berlaku gerhana bulan penuh ini, kita akan dapat melihat penukaran bulan daripada warna putih mutiara seperti biasa, kepada warna kemerahan sedikit, dan kembali ke warna asal seperti sebelumnya.

Gerhana Bulan Penuh 31 Januari

Pengguna dijangka akan dapat melihatnya dengan mata kasar, tetapi boleh melihatnya dengan lebih jelas menggunakan teleskop dan sebagainya. Seperti biasa, anda juga digalakkan ke balai cerap seluruh negara untuk menikmati fenonema ini.

Selepas 31 Januari 2018, gerhana bulan penuh akan datang dijangka kelihatan di Malaysia pada 28 Julai 2018 kelak.

Komen