Honor View 10 Akan Menerima Fungsi Nyah-Kunci Menggunakan Wajah Minggu Hadapan

Honor View 10 Akan Menerima Fungsi Nyah-Kunci Menggunakan Wajah Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Jan 18, 2018 oleh .

Honor View 10 telah dilancarkan di Malaysia sejak 12 Januari yang lalu sebagai peranti alternatif kepada Huawei Mate 10. Dari segi spesifikasi ia menyamai apa yang ditemui Mate 10 cuma tiada lensa Leica dan kemampuan kalis air.

Pihak Honor Malaysia hari ini mengesahkan View 10 di Malaysia akan menerima fungsi nyahkunci menggunakan wajah minggu hadapan. Kemaskini perisian ini akan memberikan fungsi yang kini sudah jatuh ke dalam kategori perlu untuk peranti yang dilancarkan pada tahun 2018. Ini meletakkannya setanding dengan apa yang ditawarkan oleh peranti seperti Note 8, Galaxy A8 (2018), Oppo F5 dan Vivo V.


TIPS & ULASAN