Honor Dan DJI Menawarkan Pakej Potongan Harga Menarik Dengan Pembelian Produk Mereka

Honor Dan DJI Menawarkan Pakej Potongan Harga Menarik Dengan Pembelian Produk Mereka

Diterbitkan pada Jan 18, 2018 oleh .

Honor Malaysia hari ini mengumumkan pakej menarik bagi mereka yang meminati peranti keluaran mereka dan juga DJI. Honor+DJI Purchase With Purchase Program menawarkan pakej menarik untuk membeli produk dari kedua-dua syarikat,

Pertama sekali dengan pembelian sebuah View 10, pembeli akan menerima potongan harga RM 60 untuk DJI Osmo Mobile 2 dari harga jualan RM588. Gimbal DJI Osmo Mobile 2  ialah penstabil kamera ini yang baru sahaja dilancarkan di CES baru-baru ini.

Pakej kedua pula ialah dengan setiap pembelian DJI Spark Fly, pembeli akan menerima potongan harga RM 200 untuk Honor View 10. Program ini akan ditawarkan sepanjang bulan Februari sehingga penghujung Mac hadapan. Kepada mereka yang ingin melakukan penjimatan, ini ialah dua tawaran yang menarik.


TIPS & ULASAN