Carian
Huawei Akan Mengaktifkan Ciri VoWiFi Pada Huawei Mate 10 Dan Mate 10 Pro Pada Penghujung Januari
January 18, 2018 Aman

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka kelak akan mengaktifkan ciri Vo-WiFi (Voice Over WiFi) untuk Huawei Mate 10 dan juga Mate 10 Pro bermula 30 Januari 2018 kelak.

Buat masa ini, di Malaysia, hanya dua syarikat yang menyokong ciri berkenaan, iaitu U Mobile dan juga Digi.

Huawei Mate 10 Pro

Dengan sokongan VoWiFi ini, ia akan membolehkan anda menggunakan sambungan rangkaian WiFi untuk membuat panggilan suara melalui nombor telekomunikasi. Ia sangat berguna kepada pengguna dengan capaian talian telekomunikasi yang rendah – terutamanya pada bangunan tinggi. Melalui VoWiFi, ia membolehkan pengguna untuk menggunakan rangkaian WiFi untuk kekal berkomunikasi walaupun pada sambungan rangkaian mudah-alih yang lemah – tetapi dengan menyambungkan peranti melalui internet wifi.

Bagi anda yang menggunakan Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro, boleh nantikan 30 Januari 2018 ini, dan menikmati ciri baru ini. Seperti dinyatakan pada awalnya, anda perlu menggunakan rangkaian U Mobile dan Digi untuk menggunakan tetapan baru ini.

Komen